Mengapakah ini Penting?
Kemboja adalah antara negara anggota
ASEAN yang kian meningkat naik baik politik dan ekonomi diperingkat
Antarabangsa walaupun telah melalui zaman gelap regim Khmer Rouge yang
memusnahkan keseluruhan sosio-ekonomi Kemboja
Ringkasan
Hun Sen adalah Perdana Menteri
Kemboja yang ke-34 dan memegang tampuk kepimpinan Kerajaan sejak dua dekad yang
lepas. Dibawah kepimpinan beliau, Kemboja kini mencatatkan pertumbuhan yang
memberansangkan dengan purata 7.4% KDKK. Walaubagaimanapun, kejayaan ini
dicalarkan dengan tuduhan Hun Sen bertindak sebagai diktator, penyalahgunaan
kuasa serta kronisme dan nepotisme
Cerita Penuh
Tidak ramai mengetahui yang Kemboja
kini sedang pesat membangun. Ekonomi negara Indo-China ini berteraskan
pertanian dimana pengeluaran dan pengeksportan beras menjadi sumber pendapatan
negara Khmer ini. Disamping itu, Kemboja juga mempunyai salah satu daripada
Keajaiban Dunia iaitu kompleks kuil yang terbesar di dunia, Angkor Wat. Hasil
mahsul daripada Angkor Wat telah meletakkan Siem Reap sebagai salah satu bandar
yang wajib dilawati oleh pelancong dari seluruh dunia.
Perdana Menteri Hun Sen telah
memegang jawatan tertinggi Kerajaan sejak tahun 1993 dan ini telah menjadikan
beliau sebagai salah seorang ketua kerajaan yang terlama memerintah. Di dalam
tempoh ini, Hun Sen telah menjadikan Kemboja sebagai salah satu daripada negara
anggota ASEAN. Kini dengan perlancaran Komuniti Ekonomi ASEAN 2015, Kemboja
dikatakan akan menerima faedah yang sangat tinggi dan ia dapat menurunkan
jumlah populasi miskin di negara ini secara ketara.
Tuduhan yang kurang manis ke atas Hun
Sen ini mengingatkan kita kepada seorang negarawan ulung Malaysia, Tun Dr
Mahathir Mohamed. Beliau adalah arkitek yang membawa Malaysia keluar dari
kemiskinan dan mentransformasi ekonomi Malaysia kepada negara perindustrian.
Pelbagai kejayaan yang membanggakan sehingga beliau dinobatkan sebagai ‘Bapa
Pembangunan Malaysia’
Akan tetapi, kejayaan ini juga
dicemari dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang Tun Dr Mahathir menggunakan
konsep ‘Machiavelli’ di dalam pentadbirannya. Pembangkang ditekan, Akhbar dan
Media dikawal serta wujud persepsi penyalahgunaan kuasa serta nepotism dan
kronisme didalam penswastaan dan pengagihan kontrak kerajaan.
Tampak kebetulan yang amat melucukan.
Terdapat sebaran di Kemboja yang Perdana Menteri Hun Sen telah beberapa kali
menjemput Tun Dr Mahathir ke Phnom Penh untuk berjumpa dengannya. Mungkin ini
adalah sesi mentor-mentee diantara dua negarawan ini?
Lihat bagaimanapun, mungkin ada
benarnya tindakan mereka. Rantau ini rantau yang istimewa. Ia mempunyai
keunikan yang tersendiri didalam sosio-politiknya. Mungkin itu yang akan
membawa Kemboja ke aras yang baru, diantara kuasa ekonomi Indo-China.
__________________________________________________________________________________
Penulis menulis ini selepas pulang dari Siem Reap. Penulis dijemput sebagai salah seorang delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Belia ASEAN ke 9 (AMMY IX) . Penulis dapat berinteraksi bersama pegawai-pegawai kanan Kerajaan Kemboja. Nukilan ini adalah hasil pemerhatian penulis.