- Perjalanan sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia ("APBM") sememangnya penuh cabaran dan keseronokan. Saya dan sahabat-sahabat APBM Selangor kini telah sepakat untuk bergerak atas nama Kelab Ahli Parlimen Belia Malaysia - Selangor bagi memudahkan pergerakan dan penganjuran program. Mohon pembaca dapat ke laman facebook kami.
- Selain itu, saya diamanahkan untuk berkhidmat di Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa & Diplomatik ("HAD"). Alhamdulillah, ahli-ahli kami terdiri daripada bakat dari pelbagai bidang dan pengalaman. Di bawah seliaan bersama saudara Asyraf Adlan sebagai Pengerusi dan saya sebagai Setiausaha, HAD mempunyai impian untuk menjadi Jawatankuasa contoh dan diiktiraf dalam dan luar negara.
- Sewaktu kami di HAD menerima amanah ini, kami sepakat bagi menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun ini dan pengisytiharan Komuniti Ekonomi ASEAN, HAD akan menumpukan usul-usul yang hendak dibawa ke Sidang Parlimen Belia Malaysia "PBM" dan program-program anjuran, berfokuskan ASEAN.
- Maka bermula tugas kami.
- Penyelidikan fakta dan statistik, pembacaan laporan-laporan, deklarasi-deklarasi, keratan-keratan akhbar, pendapat-pendapat kolumnis dan akademik berkaitan ASEAN dan rantau Asia Tenggara, ini adalah makanan kami untuk tempoh 1 bulan sebelum Sidang PBM.
- Disamping itu, dengan bantuan sahabat-sahabat HAD seperti APBM Sarawak, saudara Syed Nizamuddin yang kini bertugas di Wisma Putra sebagai diplomat muda, dan rangkaian kenalan saudara Asyraf di Kementerian MITI, kami berjaya menghasilkan 3 usul yang kami rasakan dapat memberikan impak kepada pelaksanaan Komuniti ASEAN dan belia-belia Malaysia.
- Usaha kami juga tidak melupakan stakeholders utama kami, iaitu belia-belia di Malaysia. Kami telah berjumpa dengan sebuah gerakan serantau anak muda di Malaysia iaitu ASEAN Youth Leaders Association (AYLA-Malaysia). Mereka menggariskan 2 perkara utama yang pimpinan belia mahu dari ASEAN; Active Engagement by the Governments of ASEAN and Active Empowerment in Decision Making at Regional Level.
- Sidang 1 berjalan lancar dan berhasil, 2 daripada 3 usul dari HAD telah dibahaskan di Dewan Parlimen Malaysia. Kedua-duanya diluluskan oleh Sidang dan telah diangkat ke peringkat Majlis Jemaah Menteri Malaysia (Kabinet Malaysia).
- Alhamdulillah, kedua-duanya telah diterima dan kini disamping persediaan usul-usul baru untuk Sidang 2 yang dijangkan pada bulan Mei 2015, kami juga kena masih melobi dan memastikan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk merealisasikan usul-usul kami.
- Penat sememangnya penat tapi amat memyeronokkan. Sahabat-Sahabat Selangor dan HAD yang sentiasa membantu dan menyokong. Ayah dan Mama yang memahami, rakan-rakan lain yang turut membantu memberikan buah fikiran dan idea, semuanya amat dihargai dan diingati sampai ke akhirnya.
p/s:
Kini HAD di dalam proses untuk membentangkan 2 usul sidang ke-2, sahabat APBM Johor 03 dan HAD saya, saudara Taufiq akan menyentuh mengenai Pendidikan dan ASEAN. Selain itu, Kaukus APBM Selangor dibawah pimpinan saudara Idzham Mohd Hashim juga gigih untuk memastikan APBM-APBM Kaukus Selangor untuk sentiasa di dalam keadaan terbaik untuk berbahas dan berhujah untuk Sidang 2.
Disamping itu, tempoh hari, Sabtu 28 Februari 2015, sudah sekian lama, akhirnya aku bersua, berdepan mata juga dengannya. Harap ini adalah permulaan untuk lebih banyak pertemuan di masa hadapan. Aku gembira.
No comments:
Post a Comment