Showing posts with label Perumahan. Show all posts
Showing posts with label Perumahan. Show all posts
9 Nov 2014
RUMAH TRANSIT UNTUK BELIA MALAYSIA
Panel Pemikir peribadi saya, pada hari ini telah mengangkat satu isu yang amat dekat dengan belia. Seperti yang semua sudah maklum, perumahan belia akan menjadi isu utama bukan sahaja di peringkat Parlimen Belia. Ia juga akan menjadi isu pokok bagi Pilihanraya Umum yang ke-14 kelak.
Kos sara hidup yang meningkat, kadar kenaikan gaji pekerja yang rendah, pembayaran PTPTN yang dikatakan mengganggu gugat aliran wang bulanan dan kekurangan pekerjaan yang bergaji tinggi adalah contoh mengapa belia-belia, khususnya yang baru bergraduan dan berumah tangga menghadapi kesukaran untuk memiliki hartanah pertama.
Panel Pemikir saya berpendapat, pelaksanaan Rumah Transit bagi belia-belia yang baru berkahwin dan berpendapatan rendah harus diperhalusi dan tidak dilaksanakan sambil lewa tanpa mengambil kira impak jangka masa panjang. Perkara seperti gaya hidup dan mentaliti belia-belia khususnya bumiputera harus diberi penekanan kerana rancangan ini akan menghasilkan "adverse effect".
Saya bersetuju dengan mereka, walaupun niat baik Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar harus dipuji. Usaha Rumah Transit ini dilihat sebagai penyelesaikan jangka pendek sahaja. Kerajaan harus memberi perhatian khusus bagi meningkatkan pemahaman belia yang baru berkahwin untuk lebih BIJAK menguruskan kewangan masing-masing.
Konsep Sewa-dan-Keluar ini pada rohnya adalah untuk membantu belia-belia baru berkahwin/bekerja untuk menyewa dan pada masa yang sama mengumpul dana untuk "Down-Payment" pembeliaan hartanah selepas mereka tamat kontrak sewaan dengan Kerajaan. Model ini akan berhasil sekiranya, semua peserta benar-benar mengikut saranan Kerajaan untuk mengumpulkan dana.
Salah seorang Panel Pemikir saya berkongsi pengalaman keluarganya sendiri yang membina beberapan unit rumah seluas 700 psf, 2 bilik dan 1 bilik air, untuk disewakan 10-15 tahun yang lepas dengan kadar sewa bulanan RM 200. Berdasarkan rekod beliau, daripada 8 penyewa, hanya 3 telah memiliki rumah sendiri, 2 masih kekal menyewa dan 3 berpindah/menyewa rumah-rumah lain bagi menampung saiz keluarga yang bertambah.
Data ini amat memeranjatkan. Perbincangan mendalam dibuat, kami menyimpulkan, pihak Kerajaan juga harus mengambil kira mentaliti peserta program rumah transit. Harus diberi pendedahan mengenai pengurusan kewangan yang bijak, bagi mereka benar-benar mengumpul dana. Kita tidak mahu melihat kes tersebut berulang lagi.
Walaupun sistem kontrak sewaan itu jelas menunjukkan mereka harus keluar selepas tamat tempoh, kita tidak harus lupa yang kita insan, pastinya akan ada yang memohon untuk mendapatkan lanjutan sewaan melalui pelbagai cara waimah kaitan politik, kaitan dengan DBKL dan bermacam lagi.
Oleh yang demikian, disebalik sokongan prinsip saya dengan kaedah Rumah Transit ini, saya berharap agensi-agensi yang berkaitan termasuklah pemimpin-pemimpin belia dapat memberi penekanan kepada program Literasi Kewangan bagi membantu belia-belia kita memahami kepentingan pengurusan Kewangan bijak. Mereka dapat menghormati niat baik Kerajaan dengan mengumpulkan dana "Down-Payment" yang diharapkan, serta keluar pada masa yang ditetapkan untuk membantu adik-adik mereka yang bakal keluar bekerja dan berkahwin kelak.
Jangan jadikan ini sebagai "permanent solution", untuk pemilikan hartanah belia, tetapi salah satu alat membantu mengurangkan bebanan kewangan belia. Disiplin dan kesedaran supaya berusaha lebih kuat dan TIDAK mengharapkan bantuan KERAJAAN SEMATA-MATA. Jangan kita didik belia-belia kita khususnya belia BUMPUTERA sebagai belia yang MANJA.
26 Sept 2014
Rumah Mampu Milik dan Bandar Belia
1. Rata-rata
belia terutamanya yang mencari rezeki di Bandar-bandar utama seperti Kuala
Lumpur, Shah Alam, Subang Jaya dan lain lain, mempunyai pandangan yang sama
mengenai satu perkara, PEMILIKAN RUMAH.
2. Rakyat
Malaysia sudah sedia maklum, harga-harga rumah khususnya di Bandar saban hari
meningkat ke harga yang tidak munasabah. Kebanyakan belia yang sudah bekerja
dan baru membina keluarga, tidak mampu untuk memberi komitmen kewangan bulanan
yang tinggi, disamping kos sara hidup yang tinggi yang menghakis kuasa beli
mereka.
3. Pelbagai
inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membendung perkara ini seperti
Perumahan PR1MA, Rumah Mesra Rakyat dan RPGT.
4. Kini,
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman
Dahlan telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan membangunkan Bandar Belia untuk
membantu golongan belia memiliki hartanah untuk kediaman. Saya amat bersetuju
dengan apa sahaja idea yang dapat meningkatkan kualiti hidup belia di Negara kita,
khususnya Selangor.
5. Walaubagaimanapun,
cadangan ini harus diteliti dengan lebih lanjut. Kegagalan untuk membuat
perancangan rapi dari segenap aspek seperti kadar pertambahan belia, jajaran
perkhidmatan pengangkutan awam dan keadah pembiayaan yang mesra belia dan
lain-lain akan mengundang pelbagai masalah dimasa hadapan.
6. Saya
mengambil kajian kes yang berlaku di Sweden, dimana Kerajaan Sweden pada 1967
telah melancarkan project perumahan mampu milik dengan skala yang besar di
kawasan Husby, Rinkeby, dan Tensta
berhampiran dengan kota utama,
Stockholm. Kerajaan Sweden tergesa-gesa ingin membina rumah-rumah tersebut
dengan cepat, dan melewatkan pembinaan jaringan keretapi bawah tanah untuk
perhubungan.
7. Kini
kawasan-kawasan tersebut menjadi ghetto bagi
imigran-imigran yang dating mencari rezeki di Sweden. Mereka telah menduduki
rumah-rumah selema beberapa generasi dan kadar jenayah yang tinggi serta tidak
dpt dikawal sepenuhnya.
8. Malah
pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli Parlimen mereka pernah mencadangkan agar
rumah-rumah ini dibinasakan untuk mengawal dari merebaknya masalah dari ghetto-ghetto ini.
9. Oleh
itu, saya mengharapkan agar cadangan pembinaan Bandar Belia ini tidak hanya
menjadi projek untuk Kementerian Perumahan dan KBS. Ia harus melibatkan
pelbagai pihak yang pakar di dalam kerajaan serta pemaju-pemaju.
Subscribe to:
Posts (Atom)