Pages

26 Sept 2014

Rumah Mampu Milik dan Bandar Belia



1.      Rata-rata belia terutamanya yang mencari rezeki di Bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Subang Jaya dan lain lain, mempunyai pandangan yang sama mengenai satu perkara, PEMILIKAN RUMAH.

2.      Rakyat Malaysia sudah sedia maklum, harga-harga rumah khususnya di Bandar saban hari meningkat ke harga yang tidak munasabah. Kebanyakan belia yang sudah bekerja dan baru membina keluarga, tidak mampu untuk memberi komitmen kewangan bulanan yang tinggi, disamping kos sara hidup yang tinggi yang menghakis kuasa beli mereka.

3.      Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membendung perkara ini seperti Perumahan PR1MA, Rumah Mesra Rakyat dan RPGT.

4.      Kini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan membangunkan Bandar Belia untuk membantu golongan belia memiliki hartanah untuk kediaman. Saya amat bersetuju dengan apa sahaja idea yang dapat meningkatkan kualiti hidup belia di Negara kita, khususnya Selangor.

5.      Walaubagaimanapun, cadangan ini harus diteliti dengan lebih lanjut. Kegagalan untuk membuat perancangan rapi dari segenap aspek seperti kadar pertambahan belia, jajaran perkhidmatan pengangkutan awam dan keadah pembiayaan yang mesra belia dan lain-lain akan mengundang pelbagai masalah dimasa hadapan.

6.      Saya mengambil kajian kes yang berlaku di Sweden, dimana Kerajaan Sweden pada 1967 telah melancarkan project perumahan mampu milik dengan skala yang besar di kawasan Husby, Rinkeby, dan Tensta  berhampiran dengan kota utama, Stockholm. Kerajaan Sweden tergesa-gesa ingin membina rumah-rumah tersebut dengan cepat, dan melewatkan pembinaan jaringan keretapi bawah tanah untuk perhubungan.

7.      Kini kawasan-kawasan tersebut menjadi ghetto bagi imigran-imigran yang dating mencari rezeki di Sweden. Mereka telah menduduki rumah-rumah selema beberapa generasi dan kadar jenayah yang tinggi serta tidak dpt dikawal sepenuhnya.

8.      Malah pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli Parlimen mereka pernah mencadangkan agar rumah-rumah ini dibinasakan untuk mengawal dari merebaknya masalah dari ghetto-ghetto ini.

9.      Oleh itu, saya mengharapkan agar cadangan pembinaan Bandar Belia ini tidak hanya menjadi projek untuk Kementerian Perumahan dan KBS. Ia harus melibatkan pelbagai pihak yang pakar di dalam kerajaan serta pemaju-pemaju.

No comments:

Post a Comment