27 Sept 2014
Kerjaya Berpendapatan Tinggi dan Keusahawanan untuk Belia
1. Saya berpendapat diantara isu-isu penting yang menjadi kegusaran anak muda di Selangor dan Malaysia khususnya adalah peluang pekerjaan, kos sara hidup yang tinggi dan pemilikan hartanah.
2. Seperti yang ditulis pada kenyataan yang terdahulu, saya akan mengupas isu-isu sini secara berkala agar kita semua dapat sama-sama membincangkan ia dan sekaligus meningkatkan pemahaman kita.
3. Diharapkan kita semua memperoleh pencerahan dan berupaya membuat keputusan yang bijak untuk kebaikan semua.
Peluang Pekerjaan yang BerpendapatanTinggi
Latar Belakang
• Ramai majikan dari pelbagai sektor di Malaysia berpendapat graduan-graduan pusat pengajian tempatan kita kurang kompetitif berbanding rakan-rakan mereka graduan dari luar Negara. Antara skil-skil yang perlu ditingkatkan adalah kebolehan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris yang tinggi, keusahawanan dan penyelesaian masalah.
Majikan juga terpaksa membelanjakan lebih peruntukan untuk melaksanakan latihan awal perkhidmatan (on-board training) kepada graduan-graduan tempatan dan ini menaikkan kos operasi mereka.
• Selain itu, majikan juga dibebani dengan kesan ekonomi dalam dan luaran seperti kenaikan kos operasi, perutukan undang-undang (Gaji Minima) dan ketidakstabilan ekonomi dunia. Majikan-majikan di Malaysia mengalami kesukaran untuk mengambil ramai pekerja atas sebab-sebab di atas
• Disamping itu, Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community) yang akan bermula pada tahun 2015 juga akan membuka pasaran kerja tempatan kepada bakat-bakat dari Negara-negara ASEAN. Ini akan memberikan lebih persaingan kepada anak-anak muda tempatan untuk mendapatkan pekerjaan-pekerjaan yang bakal diwujudkan.
• Walaupun Kerajaan melalui program-program merapatkan jurang skil (upskilling) yang dianjurkan oleh pelbagai agensi seperti EPU dan Khazanah seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Graduate Employability Management Scheme (GEMS), ianya terhad dan lebih kepada penyelesaian selepas bergraduan. Masih ada rakan-rakan graduan tempatan yang tidak bekerja atau mempunyai pekerjaan yang bergaji rendah.
• Ramai graduan tidak berminat untuk menceburi bidang keusahawanan seperti membuka perusahaan baru (start-up) walaupun Kerajaan telah mewujudkan Malaysian Global Innovation Centre (MaGIC) dan memperuntukan banyak dana-dana permulaan melalui MDEC, Craddle Fund, Teraju dan SME Bank.
Cadangan Penyelesaian
• Memberi penekanan kepada usaha meningkatkan skil sewaktu mereka di dalam pengajian di pusat pengajian (pre-graduation efforts).
• Melaksanakan perubahan-perubahan secara berkala ke atas eko-sistem kehidupan mereka di kampus supaya ianya lebih kondusif untuk membentuk skil.
• Meminda cara pengurusan kelab/persatuan di pusat pengajian kearah eko-sistem yang lebih keusahawanan melalui adaptasi sebahagian elemen pengurusan perusahaan sebenar.
• Memperbanyakkan latihan yang menjurus kearah pembentukan usahawan-usahawan muda dan Pengurusan wajid seperti BUSINESS OPERATION MANAGEMENT, FINANCIAL MANAGEMENT, MARKETING MANAGEMENT, HUMAN CAPITAL MANAGEMENT.
• Menggalakkan pimpinan persatuan-persatuan pelajar menggunapakai latihan-latihan di atas didalam pengurusan kelab/persatuan mereka.
• Menganjurkan kelas lanjutan dalam FINANCIAL MODELLING kepada pelajar-pelajar tahun akhir bagi jurusan sains, teknologi dan kejuruteraan agar mereka dapat menghasilan thesis pengajian yang boleh dipasarkan (Commercial Value)
Rasional
• Memupuk seawal mungkin semangat dan kemahiran keusahawana di dalam DNA pelajar-pelajar di pusat pengajian.
• Pendedahan (Exposure)elemen-elemen perniagaan dan ilmu pengurusan perniagaan diharapkan dapat mengurangkan perasaan takut untuk menjadikan perniagaan sebagai karier selepas bergraduan.
• Mengurangkan bebanan kos on-board training majikan-majikan kerana graduan-graduan telah memahami logik dan dinamik perniagaan selepas hamper 4 tahun mereka di dedahkan di dalam pusat pengajian.
• Mengurangkan bebanan kos bagi kerajaan untuk program-program upskilling dan peruntukan tersebut bolehlah digunakan untuk merancakkan ekonomi Malaysia melalui lebih dana untuk start-up
• Membaiki imej graduan-graduan tempatan kepada modal insan yang kompeten dan ready-made for industry
** Saya pernah menulis dan menghantar esei berkaitan idea ini bagi program Perdana Fellow anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment