Pages

24 Sept 2014

Parlimen Belia Malaysia & Praktikal Idealis Malaysia.

1. Setakat hari ini, jumlah calon-calon Parlimen Belia Malaysia bagi negeri Selangor adalah 66 orang. 66 insan telah meletakkan diri mereka di hadapan dengan menawarkan diri untuk menjadi suara belia-belia negeri Selangor. Syabas saya ucapkan pada rakan-rakan saya, sesungguhnya anda adalah juara di hati saya.

2. Rakan-rakan Praktikal Idealis (PI) juga sedang sibuk, ramai telah mengikuti PI secara dekat. Alhamdulillah mesej perjuangan kami mula diterima ramai. Ramai yang bertanyakan apakah itu PI. Apakah ianya bersifat partisan? Adakah ianya membawa idea-idea populis dan sensitif? Saya sempat berbual dengan Pengasas gerakan PI, saudara MK Farhan. Beliau senyum dan menasihatkan saya supaya menerima perkembangan ini sebagai satu perkara yang baik. Ia adalah tanda kebangkitan anak muda yang menginginkan sesuatu yang segar.

3. Saya masih ingat perjumpaan/mesyuarat pertama PI di Perpustakaan Negara Malayia (PNM). Segalanya bermula di sana. PNM adalah lambang ilmu dan pencerahan harus berlandaskan ilmu. Jika difikirkan, segalanya diaturkan oleh Yang Maha ESA dengan begitu istimewa sekali. Dari hanya 6 orang anak muda, kini PI berkembang menjadi satu label perjuangan yang dekat dengan hati anak-anak muda.

4. Sejak sekian lama, pihak Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif mengiktiraf dan mendengar suara belia. Bermula dengan Persatuan Belia Komuniti, Daerah, Majlis Belia Negeri-Negeri, Majlis Belia Malaysia, Majlis Perundingan Belia Malaysia dan berbagai-bagai lagi. Kini di bawah pimpinan Menteri generasi baru, Saudara Khairy Jamaluddin (KJ), KBS melaksanakan transformasi dan memperkenalkan Parlimen Belia Malaysia, sebagai pelengkap inisiatif-inisiatif sebelum ini.

5. Program ini hasil cetusan idea dan debat Makmal Transformasi Belia yang diselia oleh KBS. Dengan menggunakan kajian-kajian kes dari luar negara seperti United Kingdom, Australia, dan India, serta perancangan rapi dan sesi-sesi konsultasi dengan stakeholders belia, Parlimen Belia Malaysia adalah inisiatif yang segar, dimana YB Menteri KBS sendiri memberi jaminan yang ianya tidak akan dipengaruhi oleh agenda parti-parti politik di Malaysia.

6. Jujurnya, siapapun akan meragui komitmen yang dijanjikan oleh YB KJ, maklumlah ianya program kerajaan, akan tetapi saya berpendapat adalah satu kerugian besar jika belia tidak memanfaatkan ruang yang ada ini. Seharusnya belia harus mencuba dan jadikan Parlimen Belia Malaysia ini, medan menyuarakan, mendedahkan, menegakkan hasrat sebenar belia-belia di Malaysia. Kita, belia adalah perwaris kepimpinan negara, pelindung khazanah negara untuk generasi anak-anak kita, pemegang amanah pembangunan negara, maka haruslah kita menggunakan sebaik mungkin.

7. Berbekalkan kesedaran akan peluang ini, Praktikal Idealis Malaysia diasaskan sebagai satu gerakan berteraskan ilmu dan pencerahan. PI bukan parti politik, ia adalah platform yang diasaskan untuk mengumpulkan belia-belia yang mengejar Pencerahan.

8. PI menginginkan satu model politik baru yang berasaskan nilai serta menghormati semangat Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara. PI melihat ia akan menjadi kuasa ketiga yang menyatukan belia-belia yang kini terpisah jauh disebabkan persaingan tidak sihat kuasa-kuasa politik negara. PI adalah medan yang meraikan perbezaan pendapat, menggalakan perdebatan, memartabatkan ilmu pengetahuan dan menegakkan fitrah belia.

9. Atas sebab ini, saya menerima pelawaan saudara Pengasas. Saya adalah seorang non-partisan. Saya tidak mendaftar mana-mana parti politik. Saya mempunyai nilai peribadi yang saya pegang. Saya percaya ilmu pengetahuan dan bantuan Yang Maha ESA, saya boleh membuat keputusan yang bijaksana. Saya suka berkawan, saya mempunyai ramai sahabat dari parti-parti politik di Malaysia. Saya percayakan PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan kita harus MEMELIHARA, MELINDUNGI dan MEMPERTAHANKANnya

10. Untuk rakan-rakan belia, bangun dah berpartispasi lah. Antara perkara pokok untuk kita diiktiraf sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi, adalah penglibatan belia di dalam membuat dasar dan keputusan kerajaan. Marilah bersama-sama.

No comments:

Post a Comment